APA ITU BURUJ
APA ITU BURUJ?
"Apa itu buruj? " Soalan ini sering disebutkan oleh pelajar -pelajar yang meminati sains. Sebenarnya, topik buruj ini dipelajari pada tahun 6. Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak corak, seperti buruj BELANTIK, buruj PARI, buruj SKORPIO, buruj BIDUK dan lain-lain lagi. Kita dapat melihat buruj -buruj ini di kedua-dua hemisfera utara dan hemisfera selatan kerana malaysia terletak di garisan Khatulistiwa. Kawan-kawan nak tahu tak buruj BIDUK sebenarnya sebahagian daripada buruj yang lebih besar, iaitu URSA MAJOR yang bercorak seperti seekor beruang.
Kawan-kawan, pada masa dahulu sebelum terciptanya kompas dan kalendar. Manusia telah menggunakan buruj yang ada pada langit untuk menjadi pentujuk arah utara, Selatan, Timur serta Barat kepada orang yang ingin mengembara. Buruj juga digunakan untuk menentukan musim kepada para petani yang menanam pada kawasan yang berlaku empat muim. Bagi umat islam yang berada di Asia Tenggara, mereka menggunakan buruj BELANTIK untuk menunjukkan arah kiblat.
BURUJ
- merupakan gugusan bintang yang membentuk corak-corak yang menarik di langit
- merupakan sekumpulan bintang yang membentuk suatu bentuk, imej atau corak di langit
Keempat buruj ini merupakan yang paling terang antara buruj-buruj yang lain. Kita tidak boleh melihat kesemua buruj pada satu masa yang sama atau pada satu malam. Sebaliknya sesuatu buruj mempunyai masa tertentu untuk muncul di ruang angkasa langit.
Mengapa?
Ini adalah kerana kedudukan buruj-buruj ini sentiasa berubah mengikut putaran bumi yang berputar pada paksinya dan mengikut peredaran bumi yang beredar mengelilingi orbitnya.
JENIS BURUJ
Buruj Belantik
Belantik adalah nama bagi satu daripada 88 buah buruj di langit.
Secara kasarnya, ia terdiri daripada tujuh biji bintang utama yang lebih
terang daripada bintang lain di sekitarnya. Empat daripadanya membentuk
segiempat tepat manakala tiga lagi terletak sederet melintang di
tengah-tengah segiempat tepat itu. Berdasarkan bentuknya itu, orang
Melayu di Nusantara menamainya Belantik iaitu sejenis alat perangkap
binatang, misalnya perangkap tikus. Tiga bintang sederet itu dipanggil
oleh orang Melayu sebagai Bintang Tiga Beradik. Belantik boleh dilihat
di langit malam dari bulan Disember hingga Mac.Buruj Biduk
Buruj biduk terkenal dengan panggilan big dipper di barat, kerana
ianya menyerupai beruang. Nama Latin Ursa Major juga bermaksud beruang
besar. Ianya jelas di langit pada waktu malam yang terang kerana
bintangnya yang rata-rata terang.Buruj Pari
Buruj
Pari menggambarkan palang dan bintang di hujung palang sentiasa
menunjukkan ke arah selatan. Buruj Pari adalah buruh yang paling kecil
yang boleh kita lihat di bumi. Buruj ini digunakan untuk menunjukkan
arah selatan. Buruj ini akan berada di tengah meridian langit selatan
pada waktu maghrib di antara bulan Mei dan JunBuruj Skorpio
Buruj ini dinamakan scorpio ( kala jengking ). Ia biasanya kelihatan di antara bulan Jun hingga Ogos di bahagian timur.
Comments
Post a Comment